Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Bekas Presiden MIC Tun Samy Vellu Meninggal Dunia

Bekas presiden MIC Tun S Samy Vellu telah meninggal dunia pada 15 September, hari ini. Kematian beliau dimaklumkan oleh bekas rakan sekerjanya Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam catatan Facebook

Dengan rasa sedih dan pilu saya menerima berita kematian Tun Samy Vellu, bekas presiden MIC dan menteri lagenda dalam Kabinet Malaysia daripada anaknya, Datuk Seri S Vell Paari

Baca juga: Ratu Elizabeth II Mangkat Di Usia 96 Tahun

Bagi kebanyakan kami, beliau adalah mentor utama. Sumbangan beliau kepada negara dan masyarakat India akan kekal dalam ingatan kami. Maju Institute Of Educational Development (MIED), AIMST University, dan Tafe College adalah sumbangan abadi beliau.

Beliau meninggal dunia pada umur 86 tahun.

Aktif dalam dunia politik pada tahun 1961

Anak kelahiran Johor, Tun Samy dilahirkan di bandar Kluang pada 8 Mac 1936 dan merupakan peserta aktif dalam politik tempatan seawal tahun 1961, ketika pertama kali bertanding untuk kerusi MIC di negeri Selangor tetapi tewas. Beliau kemudiannya akan menjadi ketua Biro Kebudayaan MIC pada usia 26 tahun dan memegang peranan sebagai Setiausaha kepada MIC lima tahun kemudian.

Pernah menawan kedutaan Indonesia sewaktu kemuncak konfrontasi

Peristiwa ini berlaku sewaktu konfrontasi Malaysia-Indonesia, sekumpulan anak muda pada 17 September 1963 telah pergi ke bangunan Kedutaan Indonesia di Jalan Ampang dan menurunkan simbol Pancasila negara Indonesia lalu menggantikannya dengan bendera Malaysia.

Antara anak muda Malaysia yang turut serta dalam tunjuk perasaan tersebut adalah Presiden MIC sekarang iaitu Datuk Seri Samy Vellu dan Dato’ Mohd Khalid Yunus.

Dalam peristiwa itu, Samy Vellu adalah orang yang menurunkan simbol pancasila dari anjung bangunan kedutaan dan menggantikannya dengan bendera Malaysia.

Samy Vellu adalah presiden MIC paling lama berkhidmat

Mendiang adalah presiden ketujuh untuk parti Malaysia India Congress (MIC) dan Ahli Parlimen Sungai Siput selama 34 tahun antara 1974 dan 2008. Samy Vellu adalah menteri paling lama berkhidmat dalam Kabinet dan menerajui beberapa kementerian dalam tempoh 29 tahun.

Beliau adalah Menteri Kerja Raya dari 1983 hingga 1989 dan dari 1995 hingga 2008. Beliau bersara daripada dunia politik pada 2020.

Jambatan Pulau Pinang Adalah Hasil Kerja Samy Vellu

Samy Vellu
Sumber: darah satria

Antara jasa mendiang sebagai Menteri Kerja Raya, paling diingati adalah dengan pembinaan Jambatan Pulau Pinang, yang menghubungkan pulau itu dengan tanah besar. Malah, beliau juga telah memperkenalkan konsep penswastaan bagi ​​projek pembinaan lebuh raya di Malaysia, yang membawa kepada penyiapan Lebuhraya Utara-Selatan sepanjang 900km.

Selain daripada kerjaya politik, beliau juga merupakan arkitek bertauliah yang memegang keahlian Royal Institute of British Architects (RIBA) serta Institut Arkitek Malaysia.

Sumber: Hindustan Times, msn

Total
0
Shares
Related Posts