Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Dugong Atau ‘Lembu Laut,’ Diisytiharkan Pupus Di China

Dugong pernah dianggap sebagai ‘duyung’ oleh masyarakat dahulu..
dugong

Dugong, haiwan yang pernah disalah anggap sebagai ‘duyung’ hidup di perairan selatan China selama beratus-ratus tahun, kini telah pupus di China. Akibat aktiviti manusia di perairan itu.

Dugong? Binatang apa tu?

Dugong adalah antara haiwan menarik yang terdapat kawasan di berhampiran khatulistiwa.

Haiwan ini adalah herbivor yang berkait rapat dengan manatee, dan merupakan haiwan terakhir dari keluarga Dugongidae yang kebanyakannya telah pupus.

Haiwan ini juga dilindungi di seluruh dunia, dengan usaha pemuliharaan dugong berleluasa dari Australia hingga Thailand.

Kenapa haiwan itu dipanggil sebagai lembu laut?

dugong
Photo by Kris-Mikael Krister on Unsplash

Untuk makluman, diet utama seekor dugong adalah rumput laut. Dikatakan seekor dugong perlu memakan kira-kira 40 kilogram rumput laut sehari, jadi serasi dengan gelaran diberikan kepada haiwan berkenaan iaitu ‘lembu laut’.

Dikatakan Dugong telah pupus di perairan pantai China

Photo by shark ovski on Unsplash

Menurut Persatuan Zoologi London (ZSL) dan Akademi Sains China, sejak 2008 tiada rekod kehadiran dugong di China, kajian ini menunjukkan bukti kukuh bahawa mamalia besar itu telah pupus di perairan pantai China.

Malangnya, kajian baharu kami menunjukkan bukti kukuh tentang kehilangan serantau spesies mamalia akuatik berkarisma lain di China

Persatuan Zoologi London (ZSL) dan Akademi Sains China

Kajian itu menunjukkan bahawa aktiviti manusia, termasuk menangkap ikan, serangan kapal telah menyebabkan haiwan itu kehilangan habitat dan mengancam populasi haiwan tersebut.

Baca juga: Buat Video Makan Jerung, Vlogger China Disiasat Pihak Berkuasa

Ketiadaan haiwan itu bukan sahaja memberi kesan ke atas fungsi ekosistem tetapi ia berfungsi sebagai peringatan bahawa kepupusan boleh berlaku sebelum tindakan pemuliharaan dapat dibangunkan.

Dugong juga haiwan yang dilindungi & menghadapi ancaman kepupusan di Malaysia

Percaya atau tidak, haiwan dugong ini juga ada di perairan Malaysia. Menurut laporan Suara Sarawak, haiwan itu kini dianggarkan hanya tinggal kira-kira 100 ekor dugong sahaja di seluruh negara, sekali gus berdepan ancaman kepupusan.

Dianggarkan hanya tinggal 40 hingga 50 ekor di Johor, manakala 20 hingga 30 ekor di Sabah dan juga Sarawak.

Sumber: Suara Sarawak, Americanoceans, Institute of Zoology

Total
0
Shares
Related Posts