Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Fenomena Air Di Tasik Taiping Mengering Bukan Kali Pertama?

Baru-baru ini, paras air tasik dan kolam di Taman Tasik Taiping telah menurun hampir 70%

Menurut laporan Bernama, penurunan paras air semasa sehingga dasar tasik atau kolam adalah disebabkan oleh cuaca panas yang berpanjangan dan hujan yang sedikit.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Khairul Amir Zubir berkata, penurunan paras air sehingga dasar tasik atau kolam adalah disebabkan oleh cuaca panas berpanjangan dan hujan yang sedikit.

Katanya, tasik dan kolam bergantung pada hujan yang kerap sebagai sumber air utama.

Tasik Taiping kering jadi tumpuan pengunjung

Disebabkan tasik itu kering, ramai pengunjung datang untuk mengambil kesempatan turun ke dasar bagi me­rakam suasana di tempat tersebut.

Sejak beberapa hari lalu, tular gambar dikongsikan netizen di media sosial menunjukkan paras air di Taman Tasik Tai­ping yang berusia 133 tahun itu.

Bukan kali pertama tasik tersebut mengering

Walau bagaimanapun, ini bukan kali pertama tasik itu mengalami fenomena tersebut. Namun ia di anggap sebagai fenomena yang normal kerana ia pernah berlaku pada musim kemarau 2012 , 2013 , 2016 dan 2020.

Total
0
Shares
Related Posts