Menteri Pengangkutan kita, Anthony Loke mengumumkan bahawa pemilik kenderaan persendirian di Malaysia tidak perlu lagi mempamerkan pelekat cukai jalan pada kenderaan mereka.
Ini selaras dengan pelaksanaan Lesen Kenderaan Bermotor Digital dan Lesen Memandu Persendirian Malaysia Digital mulai hari ini.
Beliau berkata, peruntukan bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang mengkehendaki setiap LKM dilekatkan dan dipamerkan pada kenderaan tidak lagi dikuatkuasakan.
Baca Juga: Terpedaya Dengan Tawaran Kerja, Wanita Mengalami Kerugian RM89,560
Menteri Pengangkutan juga menggalakkan pemandu dan pemilik kenderaan beralih kepada platform digital untuk mengurangkan kesesakan di kaunter JPJ dan meningkatkan produktiviti keseluruhan negara.
Walau bagaimanapun, pemandu yang mempunyai lesen belajar memandu, lesen memandu vokasional dan warga asing yang mempunyai lesen memandu Malaysia atau lesen memandu asing masih perlu membawa lesen memandu fizikal mereka.
Begitu juga, jika kenderaan anda milik syarikat atau berdaftar di bawah bukan warganegara, anda masih perlu mempamerkan cukai jalannya.
Cukai Jalan Digital Melalui MyJPJ
Untuk permulaan, pemandu boleh mendaftar akaun di portal JPJ atau aplikasi MyJPJ, yang boleh dimuat turun dari App Store, Google Play Store dan Galeri Aplikasi Huawei. Buka aplikasi dan masukkan dokumen yang diperlukan.
Bagaimanapun, Loke menegaskan akan sentiasa ada penguatkuasaan dan tindakan diambil terhadap sesiapa sahaja yang memandu tanpa LKM dan LMM yang sah.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke e-mel JPJ di [email protected], atau talian hotline jabatan di 03-2724 2522. Sebelum anda bertanya, lebih baik pergi ke bahagian FAQ di laman web JPJ terlebih dahulu.
Sumber: Facebook