Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Tabung Haji Saran Hati-hati Dengan ‘Scammer’ Di Telegram

Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan orang ramai supaya berhati-hati agar tidak menjadi mangsa scammer di aplikasi Telegram.

Tabung Haji dalam satu kenyataan memaklumkan terdapat pihak yang menyamar dan menggunakan logo TH serta menawarkan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan di platform itu.

Sumber: Twitter

Scammer tersebut turut menubuhkan Group Chat (Tabung Haji & Pelaburan) di Telegram untuk melakukan kegiatan pelaburan dengan menjanjikan keuntungan yang tidak munasabah.

TH menasihati pendeposit mereka untuk tidak tertipu dan menjadi mangsa scammer dengan penawaran yang tidak munasabah terutamanya daripada pihak ketiga.

Baca Juga: Lebih 1,700 Aduan Jenayah Siber Dicatat Setakat Februari 2023

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-62071919.

Sumber: Bernama

Total
0
Shares
Related Posts