Roti canai merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. Roti canai biasanya dimakan pada bila-bila masa dan dihidangkan bersama kuah dal, atau kari dengan sambal ikan bilis.
Tahukah baru-baru ini roti canai telah dinobatkan sebagai salah satu roti terbaik di dunia?
Menurut laman sesawang TastleAtlas, roti canai Malaysia dinobatkan sebagai roti terbaik di dunia. Ia menerima kedudukan nombor 1 dengan penilaian 4.9 mengalahkan roti naan dan Eropah yang terkenal dalam penghasilan pastri terbaik dunia.
![Roti Canai](https://cendooldurian.my/wp-content/uploads/2023/09/image.png)
![Roti Canai](https://cendooldurian.my/wp-content/uploads/2023/09/image.png)
Untuk makluman, Ini bukan pertama kali roti canai menerima pengiktirafan daripada Tasteatlas. Sebelum ini, roti canai juga pernah dinobatkan sebagai makanan jalanan terbaik di dunia, tahun lalu.
Sumber: TasteAtlas