Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Sarung Tangan Kuning Tidak Sesuai Untuk Kendali Makanan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan penggunaan sarung tangan kuning tidak sesuai untuk digunakan dalam pengendalian makanan.

Perkara itu diketengahkan selepas viral sebuah video yang menggunakan sarung tangan kuning untuk mengendalikan makanan di Tiktok

Kementerian kesihatan didalam laman rasminya di X, memaklumkan bahawa  sarung tangan berwarna kuning yang berada di pasaran adalah untuk kegunaan pencucian. Oleh sebab itu, penggunaannya semasa mengendalikan makanan adalah tidak bersesuaian.

Sehubungan itu, rakyat awam diseru untuk menggunakan sarung tangan nitril bebas serbuk adalah selamat untuk penyediaan makanan kerana ia tidak meninggalkan residu.

Sumber: X

Total
0
Shares
Related Posts