Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Wajarkah Pengeluaran KWSP Dipertimbang Pihak Kerajaan?

Baru-baru ini, kerajaan tidak membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menjamin masa depan persaraan pencarum.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, seramai 8.1 juta ahli telah mengeluarkan RM145 bilion simpanan mereka ketika berdepan tekanan ekonomi akibat COVID-19 sejak dua tahun lalu.

Dalam sidang Parlimen semalam, Ahmad Maslan menjelaskan bahawa jumlah purata simpanan ahli melibatkan semua kaum telah berkurangan sebanyak 50 peratus iaitu RM16,100  pada 2019 iaitu sebelum Covid-19 melanda kepada RM8,100 selepas pengeluaran dibenarkan.

Seramai 6.7 juta ahli atau 51.5 peratus daripada 13.1 juta ahli berumur 55 tahun mempunyai simpanan RM10,000 dan ke bawah dan ia melibatkan kumpulan B40 dan M40.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan

Baca Juga: Rakyat Malaysia Keluar Negara Jadi Scammer?

Peratusan penurunan ahli bumiputera lain sebanyak 1.4 juta ahli daripada RM10,600 turun kepada RM3,300 sahaja yang tinggal dalam simpanan.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan

Disebabkan perkara itu, kerajaan tidak bercadang untuk memberi pengeluaran KWSP buat masa ini kerana pengeluaran tersebut akan mengundang masalah kepada pencarum.

Walau bagaimanapun, kerajaan akan mengusahakan supaya dividen Simpanan Syariah dapat dipertingkat dari semasa ke semasa.

Total
0
Shares
Related Posts