Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Gas Memasak Punca Kanak-Kanak Asma?

Gas memasak dikaitkan sebagai punca penyakit asma kepada kanak-kanak, kata kajian Organisasi Penyelidikan Saintifik Gunaan Belanda.

Ini kerana menggunakan gas untuk memasak makanan membebaskan bahan pencemar seperti NO2 yang menyebabkan radang paru-paru dan inflamasi kepada saluran pernafasan.

Lebih 700,000 kes asma kanak-kanak di Kesatuan Eropah (EU) pada tahun lalu dikaitkan dengan memasak menggunakan gas di rumah, kata laporan itu. Angka ini mewakili sekitar 7 peratus daripada semua kes asma pada kanak-kanak di seluruh blok.

Namun begitu, penggunaan gas jauh lebih sihat daripada memasak menggunakan kayu, arang dan arang batu.

Terdahulu, kajian terhadap penggunaan gas memasak juga telah dikaitkan dengan gangguan hiperaktif kekurangan perhatian (ADHD) pada kanak-kanak kecil dan kesan negatif terhadap sistem pernafasan dan saraf orang dewasa.

Sumber: theguardian

Total
0
Shares
Related Posts