Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Tarikh Lihat Anak Bulan Ditetapkan Pada 10 Mac Ini

Tarikh melihat anak bulan Ramadan 2024 ditetapkan pada petang Ahad 10 Mac ini bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijriah.

Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Permulaan Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Malah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa pada malam itu menerusi hebahan radio dan siaran langsung di televisyen.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja turut memaklumkan, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan juga telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi terpilih.

29 lokasi yang terpilih untuk melihat anak bulan

Di Wilayah Persekutuan ialah tingkat 13 di Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (Menara Kuala Lumpur) serta Pusat Konvensyen Antarabangsa dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis, Perlis.

Selain itu Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan serta Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.

Lokasi melihat anak bulan di Perak adalah di Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru di Manjung; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh di Pulau Pinang; serta Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar di Kedah.

Lokasi lain ialah Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Mukim Merang, Setiu di Terengganu, serta Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai; dan Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC), Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu di Kelantan.

Selain itu Pusat Falak Miri; Teluk Bandung, Kuching; dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak, Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah; dan di Pahang adalah di Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands serta Menara Kuantan 188.

Total
0
Shares
Related Posts