Seperti umum tahu, banduan tidak boleh melarikan diri dari penjara. Malah, melarikan diri dari penjara dianggap sebagai jenayah dan boleh dikenakan hukuman penjara tambahan. Namun, di Jerman, tidak menguna pakai undang-undang itu.
Di Jerman, banduan melarikan diri tidak dikodkan dalam undang-undang. Sebaliknya, tindakan melarikan diri dari penjara dianggap dalam kesalahan lain iaitu cubaan mengelak daripada di tahanan pihak berkuasa.
Melarikan diri dari penjara tidak menyalahi undang-undang di Jerman
Jika anda minat dengan negara Jerman, anda mungkin tahu bahawa Jerman mempunyai sedikit kesan yang tidak konvensional apabila ia berkaitan dengan undang-undang jenayah.
Terutamanya apabila ia berkaitan dengan melarikan diri dari penjara. Ini kerana Jerman, tidak seperti di kebanyakan negara, melarikan diri dari penjara di Jerman tidak menyalahi undang-undang.
Dalam erti kata lain, Jika anda seorang banduan di Jerman dan anda berjaya keluar tanpa melakukan sebarang jenayah tambahan, anda tidak menyalahi undang-undang.
Bagaimanapun, negara itu masih memandang serius sebarang percubaan untuk melarikan diri dari penjara. Oleh itu, walaupun tidak ada undang-undang yang melarang banduan melarikan diri dari penjara, akan tetapi mereka masih tidak boleh saja-saja ‘try‘ untuk melarikan diri.
Undang-undang ada sejak abad ke-18
Mesti anda terfikir kenapa tindakan sedemikian tidak menyalahi undang-undang? Ini disebabkan oleh undang-undang sejak abad ke-18 iaitu Perenggan 258 Kanun Jenayah Jerman.
Perenggan itu menyatakan bahawa banduan yang menggunakan “keganasan” untuk melarikan diri boleh didakwa dengan kesalahan.
Undang-undang itu telah melalui beberapa pengubahsuaian dan pindaan yang mengakibatkan Perenggan 258 menjadikan melarikan diri dari penjara bukanlah satu perkara yang menyalahi undang-undang selagi tiada keganasan atau pecah amanah daripada pihak tertentu dalam tindakan itu.
Kenapa Jerman mempunyai Undang-undang ini?
Mesti anda tertanya kenapa Jerman mempunyai undang-undang yang membenarkan banduan melarikan diri dari penjara? Percaya atau tidak, sebenarnya terdapat tradisi undang-undang yang telah lama wujud dalam undang-undang jenayah Jerman yang menjelaskan mengapa ini berlaku.
Ini kerana penggubal undang-undang Jerman cuba melindungi individu daripada dikurung dalam penjara selama-lamanya, dengan memberikan mereka pilihan untuk melarikan diri dari penjara jika mereka tidak bersetuju dengan sabitan mereka atau merasakan hak mereka telah dicabuli.
Malah, mereka dibenarkan tiga kali percubaan untuk berbuat demikian setiap tahun.
Baca Juga: Hukuman Mati Kepada Perokok Zaman Uthmaniyyah
Undang-undang Jerman yang membolehkan banduan cuba melarikan diri dari penjara sememangnya pelik dan telah menjangkau norma manusia. Walaupun undang-undang ini dicipta dengan niat yang baik. Tidak dinafikan perkara ini akan dijadikan sebagai satu ‘peluang’ untuk penjenayah mengelak daripada dikenakan hukuman.
Sumber: labrujulaverde, grunge