Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

6 Perkataan Inggeris Yang Sebenarnya Berasal Dari Bahasa Arab

Dari sudut sejarah, selama berabad, bahasa Arab telah menjadi bahasa perdagangan, penghubung, dan ilmu, sama seperti bahasa Inggeris pada zaman ini. Malah, bahasa Arab dikatakan satu bahasa yang sempurna kerana struktur ayat, tatabahasa, pembentukan dan perkataannya.

Baca Juga: Bagaimana Sesuatu Perkataan Dapat Masuk Ke Dalam Kamus?

Akan tetapi tahukah anda kebanyakan perkataan daripada bahasa Inggeris berasal dari bahasa Arab? Berikut adalah tujuh perkataan daripada bahasa Inggeris dengan asal usul bahasa Arab :-

Admiral: amir أمير

Perkataan ‘admiral’ yang digunakan untuk merujuk askar tentera laut berpangkat tinggi ini berkembang daripada perkataan Arab iaitu ‘amir’ yang bermaksud putera atau pemerintah. Perkataan itu pertama kali didokumentasikan di pulau Sicily pada abad ke-11, di mana orang Arab telah memerintah selama 300 tahun.

Algebra: Aljabr الجَبْر

Diasaskan oleh Jaber bin Heyan, Algebra atau Aljabr (الجَبْر) adalah salah satu cabang matematik yang paling penting di mana huruf dan simbol digunakan untuk mewakili nombor yang tidak diketahui.

Elixir: al-iksir الإكسير

Pada zaman kini, elixir ditakrifkan sebagai ubat cecair. Namun, dalam bahasa Arab, ia merujuk kepada serbuk kering untuk merawat luka. Ia kemudiannya diterima pakai oleh ahli kimia yang merujuk elixir sebagai serbuk mineral logam yang bertukar menjadi emas.

Safari: safar سفر

Orang Inggeris menggunakan perkataan safari pada abad ke-19 untuk ekspedisi memburu di Afrika Timur. Tapi tahukah anda, bahawa asal-usul perkataan ‘safari’ adalah daripada bahasa Arab “safar” atau perjalanan.

Sugar: sukkar سكّر

Perkataan ‘sugar’ digunakan menjelang abad keenam apabila penanaman tebu sampai ke Parsi dan dibawa ke Mediterranean oleh orang Arab.

Syrup: sharab شَراب

Jika Inggeris mengambil perkataan gula, sudah tentu ia juga mengambil perkataan syrup. Dalam kes ini, syrup pada asalnya dari perkataan sharab, yang merujuk kepada minuman: wain, jus buah, atau sesuatu yang lebih manis.

Sumber: ArabAcademy, theculturetrip

Total
0
Shares
Related Posts