Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Budaya Duit Raya Datang Dari Mana?

Apabila menjelang hari raya Aidilfitri, kanak-kanak adalah insan paling gembira kerana pada hari itu keluarga dan sanak-saudara akan memberikan duit raya.

Pemberian duit raya telah menjadi salah satu tradisi dan budaya bagi kita orang Malaysia. Namun pernah tak anda terfikir dari mana asal-usul budaya memberi duit raya?

Untuk pengetahuan korang, tiada sejarah yang direkod secara rasmi mengenai permulaan pemberian duit raya.

Walau bagaimanapun, terdapat satu kajian yang percaya ia berasal daripada tradisi pemberian angpau ketika Tahun Baru Cina.

Menurut Kajian yang dibuat dari National Taipei University of Technology, perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri berlaku serentak pada tahun 1996 hingga 1998. Ketika itu, frasa ‘Kongsi Raya’ telah digunakan oleh Petronas untuk menyambut kedua-dua perayaan tersebut.

Sumber: National Taipei University of Technology

Malah, kajian tersebut berpendapat bahawa tradisi pemberian duit raya atau sampul raya hijau dipercayai bermula daripada iklan-iklan televisyen pada zaman itu.

Walaupun tradisi pemberian duit raya mungkin diambil daripada tradisi kaum Cina. Namun, Mufti WP bersetuju bahawa tradisi pemberian sampul duit raya adalah sebahagian daripada amalan yang digalakkan.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pemberian duit raya kepada ibu bapa dan kaum kerabat akan menghasilkan beberapa bentuk pahala iaitu birrul walidain (berbuat baik kepada dua ibubapa), mengeratkan silaturahim dan pahala bersedekah. 

Maka, Islam tidak menghalang malah menganjurkan pemberian duit raya sebagai salah satu cara bersedekah. 

Jadi korang jangan kedekut nak bagi duit raya dekat keluarga dan orang memerlukan supaya mereka lebih semangat untuk beraya!

Total
0
Shares
Related Posts