Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Pembunuh Bersiri Bijak, Sebenarnya Mitos?

Jika korang seorang peminat genre “True Crime”, korang pasti dapat melihat konsep bijak pembunuh bersiri. Walaupun siri dan filem jenayah menunjuk mereka sebagai seorang yang bijak, Namun tanggapan bahawa pembunuh bersiri bijak adalah mitos?

Semua pembunuh bersiri mempunyai IQ normal

Pembunuh bersiri sering digambarkan sebagai manusia yang lebih bijak daripada orang biasa. Mereka sering terlepas daripada hukuman kerana jenayah yang mereka lakukan jenayah tidak dapat dikesan.

Walau bagaimanapun, Kajian menunjukkan bahawa pembunuh bersiri yang ditangkap secara amnya mempunyai IQ purata atau rendah, walaupun mereka sering digambarkan, dan dianggap, sebagai memiliki IQ yang tinggi.

Jadi dari mana cerita pembunuh bersiri seorang bijak tersebar?

Menurut Jack Rosewood penulis buku “The Big Book of Serial Killers: 150 Serial Killer Files of the World’s Worst Murderers,” tanggapan umum bahawa pembunuh bersiri seorang yang genius mungkin berpunca daripada beberapa pembunuh bersiri yang sangat pintar seperti Ted Bundy, Rodney Alcala, dan Jeffrey Dahmer.

Perkara ini menarik perhatian masyarakat umum. Akibatnya, pembunuh bersiri ini lebih banyak diperkatakan sebagai seorang yang “bijak” dan dikaji berbanding yang lain.

Kepala Diogo Alves diawet & Dijadikan bahan pameran

Mesti korang tertanya siapa Diogo Alves? Diogo Alves ialah pembunuh bersiri dan perompak Portugis. Antara 1836 dan 1840, dia membunuh 70 orang. Kejahatan yang dilakukannya semuanya di kawasan Águas Livres Aqueduct.

Walau bagaimanapun, Alves ditangkap ketika kawasan itu melakukan revolusi. Alves digantung dan saintis memilih untuk menyimpan kepalanya di dalam balang.

Kepalanya yang terpelihara dengan baik masih dapat dilihat di Universiti Lisbon, sehingga hari ini.

Total
0
Shares
Related Posts