Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Siapa Raja Pertama di Dunia?

Pernah tak anda terfikir siapa raja pertama di dunia?

Melihat kembali sejarah, Raja-raja seperti Tutankhamun, Genghis Khan, dan Cnut telah membentuk perjalanan sejarah pemerintahan. Keperibadian mereka telah di julang tinggi kerana membentuk nasib rakyat di sekitar Mesir, Asia, dan Eropah.

Raja Sargon, Raja Agung Mesopotamia

Raja Sargon dirujuk sebagai raja pertama kerana dia mengasaskan empayar pertama dalam sejarah dunia pada 2330 B.C.E.

Menurut teks Neo-Assyria dari abad ke-7 SM, seorang pendeta wanita secara rahsia melahirkan seorang anak dan meninggalkannya di tepi sungai. Tidak lama selepas itu, seorang lelaki bernama Akki yang sedang mengambil air dari sungai menemui bayi itu dan memutuskan untuk membesarkannya sebagai miliknya.

Dibesarkan di oleh Akki, Sargon bekerja sebagai tukang kebun, ketika beliau dibesarkan, dia sering dikunjungi oleh dewi bernama Ishtar. Dewi itu telah memberikan ramalan tentang kehebatan Sargon dan takdirnya untuk memerintah.

Empayar pertama di dunia

Ketika beliau diangkat sebagai raja, Sargon membuat strategi untuk menyatukan Akkad dan Sumer. Dia menghantar beberapa gabenor di Akkad dan melantik mereka sebagai pemerintah kota di Sumer dan menjadikan bahasa Akkadia sebagai bahasa rasmi seluruh Mesopotamia.

Perkara itu dilakukan sebagi salah satu strategi beliau untuk membangunkan sektor perdagangan. Tidak lama kemudian, mereka mula berdagang dengan negara lain.

Baca Juga: Mansa Musa, Individu Terkaya Sepanjang Zaman

Malah, semasa pemerintahannya sebagai raja, Sargon menewaskan Elamites yang menghuni bahagian barat dan barat daya Iran. Sargon juga menakluk sebahagian Syria dan Anatolia.

Pemerintahannya berlangsung dari 2334–2284 SM dan selepas beliau mangkat, Sargon digantikan oleh anaknya Rimush dan kemudian cucunya Naram-Sin.

Walau bagaimanapun, kekuasaan Akkadia berakhir apabila ia digantikan oleh Dinasti Gutian dari Sumer pada kurun ke-22SM.

Sumber: nationalgeography

Total
0
Shares
Related Posts