Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kenapa Robert Oppenheimer Digelar Bapa Bom Atom

We knew the world would not be the same. A few people laughed, a few people cried. Most people were silent. Now I am become Death, the destroyer of worlds. I suppose we all thought that, one way or another.”Robert Oppenheimer

Ucapan itu telah dikatakan oleh J. Robert Oppenheimer dalam satu wawancara pada 1965 selepas mengetuai pasukan saintis yang ditugaskan untuk mencipta senjata yang akan mengubah hala tuju peperangan. Apa yang mereka bina mengubah dunia selama-lamanya dan terus membentuk landskap geopolitik pada abad ke-21.

Dikenali sebagai ‘bapa bom atom’, Oppenheimer adalah seorang ahli fizik teori yang luar biasa. Walaupun kerjayanya dan kejayaan dipuji, beliau sangat takut dengan senjata bom atom yang dia dan rakan saintisnya cipta.

Siapa Robert Oppenheimer?

Robert Oppenheimer adalah seorang immigrant berketurunan Jerman Yahudi yang dilahirkan di New York City pada 22 April 1904.

Oppenheimer dikatakan seorang saintis semula jadi. Ketika berusia 12 tahun, beliau telah dijemput untuk menyampaikan syarahan, kelab New York Mineralogical.

Baca Juga: Nikola Tesla Pernah Ramal Penggunaan Telefon Pintar?

Semasa beliau belajar di unversiti di Jerman, beliau menerbitkan banyak kertas kerja yang menyumbang kepada teori kuantum yang baru dibangunkan. Satu karya yang ketara ialah anggaran Born-Oppenheimer untuk fungsi gelombang molekul, sumbangan penting kepada teori molekul kuantum yang mendapat banyak kemasyhuran dalam dunia saintifik.

Projek Manhattan

Pada tahun 1942, di tengah-tengah kegawatan Perang Dunia II, Oppenheimer telah dilantik sebagai pengarah saintifik Projek Manhattan, sebuah inisiatif penyelidikan rahsia yang bertujuan untuk membangunkan bom atom pertama di dunia.

Di bawah kepimpinannya, ahli fizik dan saintis terkemuka bekerjasama untuk memanfaatkan pembelahan nuklear untuk tujuan ketenteraan. Projek itu memuncak dengan kejayaan ujian bom atom pertama pada 16 Julai 1945, di padang pasir New Mexico, satu peristiwa yang dikenali sebagai Ujian Trinity.

Letupan bom atom di Trinity selama-lamanya mengubah perjalanan sejarah manusia. Kejayaan tersebut telah menyebabkan penggunaan bomb atom dalam pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki pada Ogos 1945 semasa Perang Dunia II.

Peristiwa itu telah menandakan penggunaan pertama dan satu-satunya senjata nuklear dalam peperangan, yang membawa kepada penyerahan Jepun dan berakhirnya perang.

Walau bagaimanapun, peristiwa ini juga mencetuskan permulaan Zaman Atom, tempoh yang dicirikan oleh percambahan teknologi nuklear dan ketakutan terhadap perang nuklear.

Sumber: History, Britannica

Total
0
Shares
Related Posts