Sebelum ini, Abang Viva, atau nama sebenarnya Azwan Omar telah viral di media sosial kerana sanggup memandu dari Melaka ke Shah Alam dengan hanya berbekalkan RM50 demi membantu mangsa banjir.
Walau bagaimanapun, semalam Azwan Omar lebih dikenali sebagai abang viva telah menerima pingat jasa kebaktian (PJK) atas jasanya menolong mangsa banjir.
Azwan antara 883 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka bersempena Hari Ulang Tahun ke-73 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh. Semalam.
Tidak pernah termimpi untuk dapat penghargaan setinggi ini.
Menerusi satu hantaran di Facebook sebentar tadi Azwan meluahkan rasa syukurnya di atas kurniaan TYT tersebut. Azwan juga mengakui dirinya tidak menyangka akan dapat perhargaan sebegini.
Ahamdullilah. Tak pernah termimpi untuk dapat penghargaan setinggi ni. Saya tak layak untuk terimanya (kerana) tiada apa yang saya buat untuk diangkat sampai macam ini.
Beliau bagaimanapun berjanji akan memikul amanah yang telah diberikan oleh orang ramai kepadanya.
Insya-Allah saya akan pikul amanah yang diberi oleh semua orang sebaiknya. Doakan saya,” tulis beliau di Facebook
Sumber: Facebook,