Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Konjac Jelly Bahaya Kepada Kanak-Kanak & Boleh Bawa Maut?

Makanan viral Konjac Jelly yang sedang tular di Tiktok dikatakan tidak sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak kerana bersifat kenyal dan sukar ditelan oleh kanak-kanak.

Menurut KKM, dalam penghasilan produk tersebut, konjak, sejenis tumbuhan yang tinggi kandungan serat dipanggil ‘glukomannan atau konnyaki, konjonac, atau serbuk taro atau tepung keladi telah digunakan sebagai bahan aditif ataupun bahan pemekat dan dibenarkan di Malaysia.

Namun, penggunaan bahan tersebut perlu dilakukan berdasarkan saiz jeli yang dihasilkan. Setakat ini, 6 sampel produk jeli telah dikesan tidak mematuhi peraturan makanan 139A dan telah dikenakan tindak penarikan balik produk oleh KKM.

Baca Juga: Minuman Isotonik Rawat Demam Hanya Mitos?

Terdahulu, seorang pengguna TikTok mendakwa makanan ringan konjac jelly berbahaya kepada kanak-kanak kerana sukar ditelan dan boleh membawa maut sekiranya tercekik.

@miss.pharmacist

Replying to @Miss.Pharmacist hope this explains. Ramai yg dah jawab dgn betul pun. Kudos kepada semua yg tak bagi children makan konjac jelly 👍🏻

♬ Left and Right (feat. Jung Kook of BTS) [Galantis Remix] – Charlie Puth

Beliau yang merupakan seorang ahli farmasi mendakwa berdasarkan laporan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat, beberapa kematian direkodkan membabitkan dewasa dan kanak-kanak akibat tercekik ketika memakan makanan ringan itu.

Total
0
Shares
Related Posts