Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Betul Ke Lelaki Pun Ada Period?

Tahukah anda bahawa lelaki juga mengalami ‘datang bulan’ seperti wanita?

Seperti kita tahu penggunaan istilah “Period” atau menstruasi digunakan untuk mengambarkan seorang wanita mengalami proses pengguguran lapisan rahim wanita melalui faraj setiap bulan, hingga putus haid atau menopaus.

Tapi macam mana pula dengan lelaki?

Irritable Men Syndrome adalah ‘Period’ bagi lelaki

IMS atau Irritable Male Syndrome adalah versi period lelaki. Walaupun ia tidak simptom tidak sama seperti wanita, akan tetapi IMS dikatakan hasil daripada perubahan tahap hormon.

Ini kerana IMS berlaku apabila berlaku perubahan terhadap hormon testoseron. Testosteron melakukan beberapa fungsi penting seperti membantu lelaki memperoleh ciri maskulin. Iaitu mengawal rambut, suara, jisim otot dan libido.

Apabila usia semakin meningkat jumlah testosteron yang dihasilkan dalam badan mula menurun. Lelaki yang lebih tua menjadi terdedah kepada IMS kerana tahap testoteron semakin rendah.

Jadi apa simptom irritable men syndrome (IMS)?

Terdapat beberapa simptom yang menunjukkan seseorang lelaki itu menpunyai IMS. Antaranya:

  • Kerap berasa murung.
  • Cepat sensitif
  • Susah untuk fokus
  • Kerap terlupa
  • Kurang bertenaga
  • Nafsu seksual rendah
  • Penambahan berat badan
  • Rambut gugur
  • Sukar tidur

Sekiranya korang rasa korang mempunyai penyakit IMS, korang boleh minta doktor untuk menetapkan ujian testoseron untuk melihat sama ada ia normal atau rendah.

Ingin dinyatakan bahawa IMS adalah perkara biasa yang berlaku terhadap kaum lelaki. Walau bagaimanapun jika tidak diberi perhatian ia berpotensi merosakkan hubungan. Semoga artikel ini membuat korang lebih cakna tentang IMS.

Sumber: ncbi

Total
0
Shares
Related Posts