Ayam Gepuk, Asam Pedas, Ayam Korea, Maggi Pedas. Rakyat Malaysia dan makanan pedas memang tidak dapat dipisahkan, malah boleh dikatakan sebahagian hidangan makanan utama di negara ini terdiri daripada makanan-makanan pedas.
Kenapa manusia sukakan kepedasan? Pedas bukanlah perisa, bukan seperti manis atau masin atau masam. Pedas bermakna sakit. Sensasi kepedasan adalah hasil daripada pengaktifan reseptor sakit di lidah.
Untuk pengetahuan anda, Capsaicin adalah bahan utama dalam cili memberi kesan terhadap badan.
Tidak dinafikan, bahan ini memberi kesan anti kerengsaan dan anti-oksida yang boleh membantu mengurangkan kesakitan saraf seperti sakit sendi (arthritis), psoriasis serta sakit saraf diabetes.
Ia juga membantu sistem pengaliran darah, mencegah sakit jantung dengan mengurangkan paras kolesterol dalam darah dan deposit lipid.
Baca Juga: Adakah Virus Cacar Monyet Merebak Melalui Seks Songsang?
Walau bagaimanapun, bagi sesetengah orang, makan makanan pedas menyebabkan loya dan cirit-birit kerana sistem penghadaman cuba memahami apa yang berlaku.
Malah, memakan makanan pedas dalam jangka panjang akan menyebabkan penyakit seperti kanser esofagus, gastrik, pundi hempedu dan risiko penyakit kardiovaskular
Jadi pengambilan makanan pedas perlu dalam kuantiti sederhana dan apabila badan mengeluarkan banyak peluh dan selsema.
Sumber: Healthline, University Hospital