Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Telur Rosak & Tamat Tempoh Boleh Bawa Maut

Tahukah anda, sebiji telur ayam mengandungi nilai kalori yang rendah kira-kira 70 hingga 75 kalori, iaitu sesuai untuk individu mengamalkan diet sihat?

Meskipun telur merupakan satu sumber protein yang bagus, banyak vitamin dan elok untuk tumbesaran kanak-kanak, tetapi ia tidak terlepas daripada risiko wujudnya bakteria Salmonella.

Bagaimana telur ayam boleh dicemari bakteria Salmonella?

Untuk pengetahuan anda, permukaaan kulit telur ayam yang kelihatan bersih, segar dan tidak retak bukan jaminan telur itu tidak tercemar dengan Salmonella.

Terdapat dua sebab bagaimana telur ayam boleh dicemari bakteria tersebut:

  • Bakteria tersebut sudah menjangkiti isi telur sebelum proses pembentukan kulit telur.
  • Bakteria tersebut memasuki telur disebabkan oleh najis dan kotoran ayam yang melekat pada kulit telur.

Ini disebabkan kulit telur mempunyai lubang-lubang atau pori kecil yang memungkinkan bakteria untuk masuk ke dalam menerusi pori-pori tersebut.

Tanda telur dicemari bakteria

Sebenarnya, tidak terdapat sebarang ciri atau tanda khusus yang menunjukkan bahawa sesuatu telur itu telah dicemari dengan bakteria Salmonella, tidak kiralah sama ada telur yang masih mentah atau telur masak.

Walau bagaimanapun, kita masih boleh melihat tanda-tanda telur yang tercemar atau rosak.

  • Kulit ada lapisan berdebu (tanda berkulat)
  • Berbau busuk dan hanyir
  • Tarikh tamat tempoh.
  • Kulit retak

Oleh itu sebagai pengguna harus peka terhadap perkara ini. Walaupun hanya telur, tapi jika tercemar, ia boleh membahayakan kesihatan.

Makan Telur Tidak Dimasak Sepenuhnya Berisiko Dijangkiti Salmonella

Seseorang itu boleh dijangkiti bakteria Salmonella apabila makan telur yang tidak masak sepenuhnya. Ini kerana bakteria tersebut tidak dimatikan.

Sebaik-baiknya makan telur yang dimasak dengan sempurna kerana Salmonella dapat dimatikan pada suhu tinggi ketika dimasak.

Total
0
Shares
Related Posts