Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kuah Banjir Punca Rakyat Malaysia Cepat Gemuk?

Bang nasi kandar satu! Kuah kasi banjir surr punya…

Tahukah anda, Malaysia merupakan antara negara di Asia Tenggara yang mempunyai peratus obesiti paling tinggi?

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 mendapati kadar obesiti semasa di Malaysia dalam kalangan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas ialah 19.7 peratus.

Jadi apa faktor utama yang membuatkan rakyat Malaysia menghidapi obesiti? Semestinya faktor utama adalah dari segi pemakanan kita setiap hari.

Menurut Public Health Malaysia, makan makanan yang mempunyai ‘kuah banjir’ boleh menyebabkan kegemukan. Ini kerana bilangan kalori dan juga lemak yang ada dalam hidangan kuah banjir yang mendorong kepada masalah kegemukan ini untuk berlaku.

Baca Juga: Makan Makanan Pedas Adalah Tidak Baik Untuk Kesihatan

Malah, hidangan kuah banjir seperti didalam nasi kandar mempunyai sehingga 1100 kalori.

Walaubagaimanapun, terdapat faktor lain yang mendorong masalah kegemukan iaitu :

  • Tidak cukup tidur
  • Waktu makan yang tidak teratur
  • Skip sarapan pagi
  • Tidak makan buah-buahan
  • Suka makanan berkrim, cheesy, mayonis, dressing dan sos.
  • Gemar minum minuman yang manis dan mempunyai susu yang pekat seperti teh tarik.

Jadi kalau korang yang suka makan nasi kandar boleh berhati-hati lepas ini. Jangan lupa bersenam dan amalkan gaya hidup sihat!

Sumber: Public Health Malaysia

Total
0
Shares
Related Posts