Seperti umum tahu, minuman isotonik sering dikaitkan sebagai rawatan terbaik untuk melegakan demam.
Walau bagaimanapun, tahukah anda bahawa minuman isotonik sebagai satu rawatan adalah mitos. Malah mempunyai kesan buruk terhadap kesihatan sendiri?
Memetik laporan berita tempatan, Penasihat dan Pengasas Medical Mythbusters Malaysia, Dr Ahmad Firdaus berkata pengambilan minuman isotonik hanya sekadar mitos. Malah pengambilan minuman isotonik itu juga berpotensi memberi kesan buruk susulan kandungan gula yang tinggi.
Ini dah terpesong jauh dah. Ramai pula beritahu ini benda yang mereka amalkan apabila demam.
Susulan itu, ramai pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengalami “Hyperglycaemic Crisis” iaitu kandungan gula terlalu tinggi dalam badan sehingga mengakibatkan komplikasi.
Baca Juga: Tak boleh tidur malam? Ini Cara Atasi Insomnia
Menurut Dr Ahmad Firdaus, jika individu hendak menyembuhkan demam tidak perlu untuk mengambil minuman tersebut. Namun apa yang perlu dilakukan adalah dapatkan nasihat doktor.
Jika ada dehidrasi atau badan kurang air disebabkan cirit-birit dan muntah, cari ‘Oral Rehydration Salt’. Seeloknya dapatkan dahulu nasihat doktor.