Insomnia atau masalah tidur malam sering berlaku dalam kalangan remaja. Jika tidak diuruskan, ia memberikan impak pada psikologi dan fizikal. Tanpa tidur yang cukup, otak tidak dapat berfungsi dan hari-hari yang dijalani menjadi kurang produktif.
Namun, jangan risau kami akan kongsikan 5 tips mudah bagaimana anda boleh mengatasi masalah ini.
Kurangkan tidur di waktu siang
Tidur siang ini adalah satu aktiviti yang sering kita lakukan. Tipulah kalau semua tidak buat kan?
Tidur di hari siang adalah satu punca kenapa ramai sering mengalami masalah tidur. Bukan tidak boleh tidur waktu siang, anda cuma perlu hadkan tidur siang itu selama 1 jam dan tidak lebih daripada itu.
Lakukan aktiviti fizikal
Menurut laporan Mayo Clinic, melakukan aktiviti fizikal setiap hari membantu untuk mendapatkan tidur yang lebih nyenyak dan selesa.
Contoh aktiviti yang kita boleh lakukan adalah seperti bersenam 1 jam sehari pada waktu petang.Tapi jangan pula bersenam waktu malam,nanti tak tidur dibuatnya.
Selain aktiviti bersenam, anda boleh juga meluangkan masa di luar rumah seperti membeli belah atau jalan-jalan cari makan.
Jaga pemakanan
Sebelum tidur jangan mengambil makanan berat sebab ia akan membuat perut rasa tidak selesa ketika tidur.
Bukan itu sahaja, pengambilan nicotine dan caffeine juga kena ambil tahu. Sebabnya, efek nikotin dalam badan mengambil masa satu jam untuk hilang dan boleh menyebabkan masalah tidur.
Jangan terlalu stress
Kita faham ramai dekat sini selalu stres dengan kerja, family dan sebagainya. Tapi, jika terlalu stress ia boleh membuat anda sukar untuk tidur.
Namun ada beberapa cara untuk menghilangkan stress. Contohnya, dengar lagu, meditasi atau dengan lebih efektif adalah amalkan teknik penafasan yang betul.
Tidur di persekitaran yang selesa
Kita kalau nak tidur mestilah nak tidur di tempat yang tidak kotor dan berselerak kan?
Sebab itu, persekitaran tempat tidur kita juga memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini.
Bukan sahaja kebersihan persekitaran yang kita perlu ambil kira, tapi dari segi suhu bilik, cahaya lampu yang digunakan dan juga pilihan katil yang betul juga perlu di ambil tahu demi menjaminkan keselesaan pada waktu anda sedang tidur.
Baca juga: Lagu Viral Melekat Selalu Terniang Di Telinga? Kenali Earworm
Jadi, inilah 5 tips yang anda boleh anda amalkan untuk menhindari dari masalah insomnia
Nak lagi tips-tips lain? Stay tune untuk tips-tips yang berguna yang akan kami kongsikan kepada anda pada masa hadapan!
Sumber: Healthline, Mayo Clinic