Baru-baru ini tular di media sosial berkaitan penggunaan akuarium sebagai ‘balang’ penyimpanan air untuk tujuan jualan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, penggunaan akuarium atau bekas bukan untuk tujuan makanan dilarang seperti dinyatakan dalam Peraturan 31, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Akuarium kebiasaannya diperbuat daripada bahan kaca atau acrylic atau plastik dan berkemungkinan mengandungi bahan kimia seperti plumbum atau phthalates, yang boleh larut dalam air seterusnya mencemarkan air tersebut, sekali gus boleh mengakibatkan kesan kepada kesihatan
Dr Muhammad Radzi berkata Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), akan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas penjualan makanan termasuk penjualan minuman yang menggunakan bekas bukan untuk tujuan makanan.
Beliau juga mengingatkan kepada penjual dan pengguna untuk memandang serius serta memastikan makanan yang dijual selamat dan berkualiti untuk semua.
Kebocoran bahan kimia dari akuarium boleh mengakibatkan kanser?
Sebelum ini, media sosial Public Health Malaysia telah menasihati peniaga agar berhenti melakukan perkara sedemikian.
Menurutnya, tidak semua bekas sesuai dijadikan tempat penyimpanan dan penyediaan makanan.
Ini kerana penggunaan akuarium boleh menyebabkan kebocoran bahan kimia dari bahan silikon sehingga mengakibatkan kanser.