Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Anhedonia Punca Rasa Keseronokan Hilang

Pernahkah korang melalui fasa apabila bangun pada waktu pagi tanpa sebarang emosi, pendapat, atau minat dalam hidup? Sepenuhnya “blank” tentang segala-galanya?

Ketidakupayaan untuk mengalami keseronokan dipanggil “anhedonia”. Anhedonia menyebabkan kehilangan minat dalam aktiviti dan hobi.

Walaupun anhedonia nampak sama macam perasaaan “bosan” , namun ia mempunyai perbezaan kerana ia ditambah dengan kehilangan motivasi untuk mencuba sesuatu.

Apa itu Anhedonia?

Anhedonia adalah ketidakupayaan atau pengurangan keupayaan untuk mengalami keseronokan. Ia melibatkan kekurangan motivasi untuk mencari keseronokan atau kekurangan keseronokan dalam sesuatu aktiviti.

Ia adalah salah satu simptom utama kemurungan serta beberapa keadaan kesihatan mental yang lain. Malah, beberapa kajian berpendapat bahawa anhedonia disebabkan oleh kesukaran mengekalkan perasaan positif secara konsisten.

Kenapa tiada rasa keseronokan lagi?

Jika kita mengkaji otak manusia, terdapat kawasan yang berinteraksi untuk sebagai “reward circuit”. Kawasan ini akan memaklumkan perkara yang korang lakukan adalah menarik atau layak untuk diteruskan.

Sebagai contoh, jika seseorang meminta untuk melakukan tugas di mana mereka berpeluang memenangi sejumlah wang, ia akan melalui proses “reward circuit” untuk mengenal pasti bahawa perkara itu menarik atau tidak.

Akan tetapi bagi orang yang menghidap anhedonia, proses ganjaran tidak berlaku. Perubahan dalam fungsi sistem ganjaran berkemungkinan berkait dengan tahap dopamin yang tidak seimbang dan menjejaskan keupayaan untuk mengalami emosi positif seperti keseronokan.

Dapatkan pandangan pakar

Ketidakupayaan untuk mengalami keseronokan boleh menjejaskan kualiti hidup dan menjadi tanda korang mempunyai masalah kesihatan mental.

Jika anda percaya anda mungkin berhadapan dengan anhedonia, berbincang dengan doktor anda atau profesional kesihatan mental secepat mungkin.

Sumber: healthline

Total
0
Shares
Related Posts