Tabiat membawa masuk telefon ke dalam tandas adalah norma bagi orang sekarang. Tapi tahukah tabiat itu boleh mengundang masalah kesihatan seperti buasir?
Korang mesti terfikir apa kaitan main telefon dengan buasir? Menurut kajian menggunakan telefon bimbit akan membuatkan anda menghabiskan masa terlalu lama di dalam tandas.
Ini bermakna bahawa tekanan akan meningkat pada saluran dubur anda di bahagian rektum.
Tabiat meneran najis yang terlalu lama adalah antara faktor utama terjadinya buasir. Begitu juga dengan peranan telefon bimbit yang menjadi antara faktor utama terjadinya buasir terhadap seseorang individu.
Mencegah lebih baik daripada merawat
Rawatan buasir biasanya bermula dari perubahan gaya hidup. Berikut beberapa perkara yang anda perlu lakukan;
- Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan anda dengan memakan buah-buahan,sayur-sayuran hijau dan bijirin.
- Lebihkan minum air, sebaik-baiknya lapan gelas sehari.
- Lakukan senaman setiap hari.
Walau bagaimanapun, anda perlu mengelak daripada pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit dan menerukkan lagi masalah buasir. Anda boleh mengambil julap yang mengandungi serat tinggi seperti Fybogel yang bertujuan untuk mengelakkan sembelit.