Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kematian Akibat Tibi Meningkat Tahun Lepas

Sebanyak 2,572 kematian akibat Tuberkulosis atau tibi direkodkan tahun lepas, meningkat 12 peratus atau 284 kes berbanding 2021.

Dalam satu kenyataan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, sebanyak 25,391 kes penyakit berkenaan dilaporkan pada tahun lepas dengan peningkatan sebanyak 3,664 atau 17 peratus berbanding 21,727 kes, sepanjang tempoh sama tahun sebelumnya.

 Sebanyak 25,391 kes (kadar notifikasi 77.8 bagi setiap 100,000 penduduk) pada tahun 2022.

Bagaimanapun, beliau berkata anggaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) jumlah kes tibi dalam negara lebih rendah berbanding sasaran pertubuhan berkenaan.

Baca Juga: KKM Batal Pendaftaran, Panggil Balik Produk Mengandungi Pholcodine

Sempena Hari Tuberkulosis Sedunia pada Jumaat (24 Mac), Dr Zaliha berkata kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit itu serta usaha mengawalnya dengan bantuan pihak berkaitan.

“Kami meminta kakitangan kesihatan, agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bekerjasama dan membantu mencapai matlamat Malaysia menamatkan TB menjelang tahun 2035,”.

Apakah penyakit tibi?

Penyakit Tuberculosis (Tibi) merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis kuman Mycobacterium Tuberculosis. Penyakit ini disebarkan melalui udara yang boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang terdedah kepada kuman ini.

Bagaimanakah tibi merebak?

Apabila pesakit tibi pulmonari aktif batuk, bersin atau bercakap, mereka akan mengeluarkan kuman tibi daripada paru-paru atau kerongkong ke udara dalam bentuk titisan halus.

Sesiapa yang bernafas udara yang mengandungi kuman tibi akan menghadapi risiko dijangkiti. Mereka yang berhubung rapat seperti ahli keluarga dan rakan sekerja pesakit tibi lazimnya paling berisiko untuk menghidapi penyakit tersebut.

Apakah gejala-gejala tibi?

• Batuk berkahak melebihi dua minggu atau lebih
• Kahak berdarah
• Demam berpeluh pada waktu petang atau malam
• Mengalami sakit dada khususnya apabila batuk atau menghela nafas panjang
• Hilang selera makan
• Berat badan menyusut
• Mudah letih dan lemah badan.

Sumber: myhealth, Bernama

Total
0
Shares
Related Posts