Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kenali Penyakit HFMD Atau Tangan, Kaki & Mulut

HFMD, atau nama panjangnya penyakit tangan, kaki dan mulut merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh dua jenis virus di dalam kumpulan Enterovirus.

Penyakit ini kini menjadi trend yang meningkat. Bilangan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negara ini melebihi paras berjaga-jaga iaitu 1,150 kes seminggu sepanjang Minggu Epidemiologi (EW) 19 dari 7 hingga 13 Mei 2023.

Jadi apa itu penyakit HFMD atau Tangan Kaki dan Mulut?

Penyakit HFMD ialah suatu penyakit berjangkit yang biasanya terjadi dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.

Walaupun penyakit ini umum terjadi di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun kebawah. Namun sesiapa sahaja boleh dijangkiti oleh penyakit tersebut.

Baca Juga: Kematian Akibat Tibi Meningkat Tahun Lepas

Ini kerana penyakit HFMD disebabkan jangkitan sistemik dengan Enterovirus manusia.

Enterovirus manusia terdiri dari satu genus dari kumpulan gene Picornavaridae. Antara ‘ahli keluarga’ gen enterovirus yang menjangkiti manusia termasuklah virus polio dan virus Coxsackie.

Simptom penyakit Tangan Kaki dan Mulut

HFMD boleh mengakibatkan wujudnya beberapa gejala, seperti:

  • Demam
  • Sakit tekak
  • Hilang selera makan
  • Ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah serta punggung.

Bagaimana penyakit HFMD menular?

Penyakit tersebut boleh merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Walau bagaimanapun, anda boleh mencegahnya dengan mengamal kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.

Sumber: MyHealth

Total
0
Shares
Related Posts