Jika anda berada di media sosial, anda mungkin pernah melihat video yang mengatakan bahawa minyak sayur tidak sihat, malah berbahaya. Namun, media barat sering mengatakan minyak sayur diet lebih sihat dan seimbang daripada minyak sawit.
Adakah minyak sayur benar-benar sihat? Ini perkara yang kami dapat selepas membuat beberapa “research”.
Apa itu minyak sayur?
Minyak sayur adalah minyak yang boleh dibuat daripada biji, kacang, dan kekacang. Ini termasuk minyak seperti kanola, bunga matahari, jagung, kacang soya dan juga minyak zaitun.
Kebanyakan minyak sayuran digunakan sama ada secara dimakan terus atau diletakkan sebagai bahan dalam masakan.
Minyak tersebut penuh dengan nutrien omega-6
Minyak sayur mengandungi nutrien penting untuk badan kita iaitu Omega-6. Walaupun ianya baik untuk kesihatan, namun pengambilan yang berlebihan boleh memudaratkan badan sendiri.
Menurut satu kajian, pengambilan omega-6 secara berlebihan dan tidak mencukupi omega-3 boleh memudaratkan. Ini kerana badan manusia secara umumnya, perlu mendapatkan keseimbangan pelbagai jenis asid lemak dalam diet harian.
Oleh disebabkan itu, ketidakseimbagan Omega-6 dalam sistem badan akan mendorong kepada penyakit-penyakit berbahaya terutamanya sakit jantung.
Jadi apa alternatif terbaik untuk mengantikan minyak sayuran?
Kepada anda yang sering menggunakan minyak sayur dalam masakan atau pemakanan, anda boleh mengantikannya dengan minyak zaitun.
Malah, anda juga boleh mengunakan minyak kelapa yang mengandungi trigliserida rantai tengah (MCT). Lemak ini membekalkan anda tenaga yang cepat.
Namun, perlu diingatkan bahawa semua jenis minyak masak akan menjadi bahaya dan berisiko kepada kesihatan manusia sekiranya ia dipanaskan melebihi suhu takat asap.