Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Adakah Virus Cacar Monyet Merebak Melalui Seks Songsang?

Kes Cacar Monyet semakin meningkat di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Tiga hari lepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan dua kes pertama berkaitan cacar monyet (monkey pox) di negara ini.

Selepas lebih daripada dua tahun pandemik, berita tentang virus baharu yang merebak di seluruh dunia boleh mencetuskan kebimbangan.

Persoalannya bagaimana virus cacar monyet menular?

Virus cacar monyet pertama kali ditemui pada tahun 1958

Virus ini pertama kali ditemui dalam monyet makmal pada tahun 1958. Walau bagaimanapun ada sesetengah saintis berpendapat bahawa tikus adalah pembawa utama cacar monyet.

Kes manusia pertama cacar monyet dikesan pada tahun 1970 di Republik Demokratik Congo. Sejak itu, virus itu telah menyebabkan wabak kecil.

Bagaimana penyakit itu menular?

Pada masa lalu, virus itu menular melalui kontak rapat dengan haiwan yang dijangkiti melalui gigitan haiwan, calar, cecair badan, najis atau dengan memakan daging yang tidak cukup masak

Malah, virus ini juga boleh merebak dengan menyentuh atau berkongsi barangan yang dijangkiti seperti pakaian dan tempat tidur, atau melalui titisan pernafasan yang dihasilkan oleh bersin atau batuk.

Baca Lagi: Cacar Monyet Tiada Kaitan Dengan Monyet, Tegas WHO

Walau bagaimanapun, majoriti kes virus cacar monyet pada zaman kini berlaku apabila lelaki yang melakukan hubungan seks songsang.

Dalam satu kajian, lebih 500 kes yang dilaporkan di 16 negara antara April dan Jun, 98 peratus kes cacar monyet adalah dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks songsang.

Adakah anda perlu bimbang tentang ancaman virus tersebut?

Virus DNA seperti cacar monyet biasanya sangat stabil dan berkembang dengan sangat perlahan

Jadi perkara penting ialah menyedari bahawa cacar monyet tidak mudah dijangkiti melainkan anda mempunyai hubungan yang sangat rapat, hubungan intim dengan orang lain.

Sumber: WHO, Nejm, journals

Total
0
Shares
Related Posts