Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Pantau Tanda-Tanda Awal Strok Haba!

Kita semua tahu kebelakangan ini cuaca di Malaysia sangat terik. Cuaca ini membuat kita berpotensi untuk terkena ‘kelesuan haba’ atau lebih teruk, ‘strok haba’.

Strok haba merupakan suatu keadaan yang amat serius dimana menyebabkan badan kita tidak mampu menstabilkan suhu badan.

Punca strok haba yang sebenar adalah peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga 104°F (40 °C) atau lebih tinggi lagi.

Apabila perkara itu berlaku, anda akan mengalami gejala yang berkaitan dengan haba, seperti kekejangan, keletihan, dan pengsan.

Walau bagaimanapun, anda boleh menghindari daripada terkena strok haba, jika anda mengambil beberapa langkah pencengahan;

  • tidak melakukan aktiviti di bawah sinaran matahari terik atau dalam keadaan panas untuk tempoh yang panjang
  • pastikan diri terhidrat dengan minum air kosong tiga (3) hingga empat (4) liter sehari
  • elak melakukan aktiviti fizikal dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan
  • memakai pakaian yang cerah dan tidak meresap haba serta pelindung haba seperti topi atau payung.

Paling penting jangan tinggalkan golongan yang berisiko didalam kereta dibawah matahari yang terik.

Untuk makluman, strok haba tidak boleh di ambil ringan kerana mangsa strok haba boleh mengalami kesan jangka panjang seperti masalah saraf, sistem kardiovaskular dan risiko kematian.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Total
0
Shares
Related Posts