Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kenapa Vape Lebih Bahaya Dari Merokok?

Rokok elektronik atau vape menjadi semakin popular digunakan oleh masyarakat Malaysia. Malah, ia dianggap jauh lebih baik daripada merokok rokok biasa.

Alasannya, kandungan nikotin dalam rokok elektronik ini didakwa agak rendah maka ia adalah satu jalan terbaik untuk dijadikan satu alternatif berhenti merokok.

Persoalannya, adakah menghisap vape lebih teruk daripada merokok?

Vape adalah salah satu produk yang bahaya kesihatannya sama seperti rokok biasa.

Kesan dan risiko kesihatan terhadap mereka menghisap ‘vape‘ telah menjadi topik perdebatan di kalangan pakar kesihatan selama bertahun-tahun.

Menurut Sumber Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), sesetengah pakar masih menganggap vape kurang berbahaya daripada menghisap rokok.

Ini kerana vape tidak mengandungi tembakau atau tar yang menyumbang kepada idea bahawa vape adalah lebih selamat daripada merokok.

Punca kepada penyakit pernafasan

Sepanjang vape menjadi trend, kecederaan paru-paru atau E-cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI) telah meningkat pada kalangan penghisap vape.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 38 kes penyakit berkaitan vape di Malaysia sejak 2022, dengan 18 kes dikaitkan dengan EVALI.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, KKM menganggarkan kos rawatan penyakit berkenaan mencecah RM150,000 bagi tempoh 12 hari kemasukan ke wad.

Macam mana menghisap Vape boleh dikaitkan dengan EVALI?

Seperti diatas EVALI adalah penyakit radang paru-paru yang teruk yang boleh menyebabkan ketidakselesaan perut, demam dan menggigil.

Punca sebenar EVALI masih tidak diketahui, tetapi salah satu sebabnya adalah penyalahgunaan vape atau rokok elektronik.

Kajian mendapati vitamin E asetat, bahan kimia yang ditambahkan pada e-rokok dan produk vape untuk menjadikan wap lebih pekat dan lebih berperisa adalah salah satu punca terhadap penyakit itu.

Baca Juga: Kenali Penyakit HFMD Atau Tangan, Kaki & Mulut

Pada 2019 Amerika Syarikat mengalami wabak EVALI kerana kekurangan peraturan yang membenarkan e-rokok yang mengandungi bahan berbahaya.

EU telah menjadi peneraju dalam mengawal selia e-rokok sejak menerima pakai Arahan Produk Tembakau (TPD) pada 2014.

Walau bagaimanapun, di Malaysia tiada sebarang standard yang ditetapkan kementerian terhadap cecair rokok elektronik atau vape.

Sumber: healthline, sinarharian

Total
0
Shares
Related Posts