Baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta rakyat Malaysia agar bersiap sedia dengan kemungkinan wujudnya ancaman penyakit X.
Walau bagaimanapun, nama penyakit itu hanya dikenali sebagai ‘X’ kerana ia masih belum dikenalpasti tentang penyakit sebenar.
Jadi apa sebenarnya penyakit yang dikatakan oleh WHO?
Apakah penyakit X?
Menurut kajian, beberapa pakar kesihatan awam percaya Penyakit X adalah satu penyakit zoonosis, bermakna ia berasal dari haiwan liar atau ternakan, kemudian melonjak untuk menjangkiti manusia. Seperti, wabak maut Ebola, HIV/AIDS dan COVID-19 juga bersifat zoonosis.
Ada juga yang percaya bahawa penyakit X berpunca dari bioterorisme.
Sumber lain mengatakan bahawa penyakit itu adalah virus “zombie” yang telah terkunci dalam permafrost selama berabad-abad, tetapi keluar disebabkan iklim yang semakin panas.
Pandemik seterusnya lebih bahaya berbanding Covid-19
Pakar kesihatan dunia menjangkakan bahawa pandemik seterusnya yang bakal melanda berkemungkinan 20 kali ganda berisiko daripada Covid-19 serta boleh mengakibatkan 50 juta kematian.
Disebabkan itu, penyediaan vaksin dalam kadar segera perlu dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga kerana dijangka penyakit X ini boleh berlaku tanpa dijangka.
Baca Juga: Individu Bawah 50 tahun Paling Ramai Dapat Kanser
Pakar Virologi Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Dr Zamberi Sekawi turut menganggap amaran daripada WHO itu perlu diambil serius bagi membendung penularan penyakit sebelum ia merebak.
Meskipun tiada sebarang kes dilaporkan setakat ini, namun pakar virologi tersebut berpendapat pandemik yang bakal berlaku pada masa akan datang tidak mustahil akan menjadi yang terburuk dalam sejarah manusia.
Sumber: Mirror, Sinar Harian, Cambridge