Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Penyakit Rabies Atau Anjing Gila Boleh Membawa Maut

Sejak kebelakangan ini, banyak diantara pengguna media sosial berkongsikan video mengenai keadaan kanak-kanak atau orang dewasa yang terkena jangkitan penyakit anjing gila atau rabies.

Kalau anda nak tahu, penyakit rabies adalah satu penyakit yang mempengaruhi sistem saraf haiwan, namun ia juga boleh menjangkiti manusia melalui gigitan atau cakaran hewan yang terinfeksi seperti anjing, kelawar atau kucing.

Individu yang dijangkiti penyakit rabies akan mengalami tanda klinikal seperti demam, sakit badan dan kepala, hidrofobia (takut kepada air), lumpuh dan koma. Namun, pesakit hanya menunjukkan tanda-tanda selepas 20 hari hingga setahun selepas gigitan haiwan.

Kenapa ubat-ubatan moden tidak dapat menyembuh penyakit rabies?

Tiada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit rabies apabila ia sudah mula merebak ke otak walaupun didalam otak mempunyai ‘blood brain barrier

Tugas blood brain barrier adalah untuk melindungi otak anda dengan mengekalkan toksin dan bahan berbahaya lain daripada masuk ke dalam otak anda daripada darah anda. Ia seperti penapis yang sangat halus.

Baca Juga: Selangor Cadang Larangan Penjualan Anjing & Kucing Di Kedai Haiwan Peliharaan

Penyelidik tidak pasti bagaimana, tetapi rabies berjaya memasuki barrier tersebut, jadi ubat-ubatan moden tidak dapat melaluinya.

Apa yang boleh dilakukan mengelak penyakit tersebut?

Menurut laman sesawang MyHealth, KKM menasihati orang awam agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit rabies.

  • Cuci bahagian tubuh yang digigit dengan sabun dan air mengalir bagi menghilang kesan air liur;
  • Dapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan atau hospital terdekat jika telah mengalami gigitan haiwan seperti anjing atau kucing peliharaan yang agresif atau anjing liar;
  • Pastikan anjing atau kucing peliharaan telah mendapatkan suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak bersama haiwan atau anjing liar;
  • Jika anjing atau kucing peliharaan didapati tidak sihat atau agresif dapatkan rawatan di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar setempat;
  • Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal;
  • Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing peliharaan.

Untuk makluman anda, setiap tahun, kira-kira 59,000 kematian akibat penyakit rabies di seluruh dunia. Malah, jika anda mengalami kesemua tanda-tanda penyakit tersebut. Anda hanya mempunyai 99.9% peluang untuk sembuh.

Sumber: MyHealth, WHO, ClevelandClinic

Total
0
Shares
Related Posts