Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kupu-Kupu Dinamakan Sauron Kerana Mirip Watak Jahat Dalam Lord Of Rings?

Para saintis telah menamakan spesis kupu-kupu baharu dengan nama Sauron, sempena watak penjahat dari novel Lord of The Rings.

Pakar memilih untuk menamakan Sauron kerana corak pada sayap oren serangga itu mengingatkan mereka kepada ‘the all-seeing eye’ dalam buku yang ditulis oleh J.R.R Tolkein berkenaan.

Difahamkan, pemberian nama tersebut adalah untuk menarik perhatian orang ramai terhadap spesies itu supaya banyak penyelidikan dijalankan berkaitan kupu-kupu tersebut.

Memberi rama-rama ini nama yang luar biasa membantu menarik perhatian kepada kumpulan yang kurang dihargai ini.

Walaupun saurona triangula dan saurona aurigera adalah kumpulan kupu-kupu pertama dinamakan sempena Sauron, namun ia bukanlah haiwan pertama yang diberi nama tersebut.

Baca Juga: Gula Getah ‘Robert Downey Jr’ Dijual Pada Harga RM243 Ribu

Menurut muzium itu, beberapa spesies haiwan lain juga pernah diberi nama Sauron iaitu kumbang tahi, katak dan dinosaur.

Sumber: BBC

Total
0
Shares
Related Posts