Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Gula Getah ‘Robert Downey Jr’ Dijual Pada Harga RM243 Ribu

Siapa sangka sekeping gula-gula getah yang telah dikunyah dan diludah boleh dijual dengan harga yang mahal iaitu AS$55,000 (kira-kira RM243 ribu).

Gula getah itu telah dikunyah dan diludah oleh pelakon watak Iron Man iaitu Robert Downey Jr dan dijual di eBay selepas kejayaan pelakon ini dalam memegang watak Tony Stark dan Iron Man dalam filem Marvel.

Baca Juga: 5 Filem Perang Terbaik Yang Wajib Ditonton

Pengguna eBay mendakwa telah mengambil gula-gula getah Downey itu apabila bintang Marvel itu muncul pada majlis Hollywood Walk of Fame Jon Favreau bulan lalu.

“Semasa acara itu, Robert Downey Jr, sendiri meletakkan gula-gula getah itu pada bintang dan meninggalkannya di sana sebelum saya dapat mengambilnya.

Difahamkan,  gula-gula getah itu telah diletakkan oleh pelakon itu di Walk of Fame pada bintang pengarah filem Iron Man, Jon Favreau dan dianggap sebagai satu jenaka.

Walau bagaimanapun, gula-gula getah itu telah dibeli oleh seorang peminat dan akan dihantar kepadanya dalam sebuah bekas plastik.

Sumber: hmetro

Total
0
Shares
Related Posts