Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Gara-Gara One Chip Challenge, Remaja Maut

Kerana ingin membuktikan diri ‘hebat’ dapat bertahan dengan kepedasan, Seorang remaja di Boston maut selepas melakukan trend popular di Tiktok iaitu ‘One Chip Challenge‘.

Remaja tersebut dilaporkan meninggal dunia hanya beberapa jam selepas menyertai trend tersebut.

Cabaran yang telah dilancarkan oleh jenama Paqui bermula tahun 2016 ini memerlukan pesertanya untuk memakan satu kerepek tortilla yang mengandungi cili terpedas di dunia iaitu California Reaper Pepper dan Naga Viper Pepper.

Baca Juga: Jasad ‘Alien’ Dibawa Ke Parlimen Mexico?

Susulan itu, syarikat pengeluar Paqui menerusi produknya, “One Chip Challenge”, telah serta-merta menarik produk kerepek pedasnya dari pasaran.

Sementara produk itu terus mematuhi piawaian keselamatan makanan, atas kewaspadaan yang tinggi, kami secara aktif bekerjasama dengan peruncit kami untuk mengeluarkan produk dari rak jualan,

Selain itu, Paqui turut meletakkan amaran terhadap produknya itu dengan memberi peringatan bahawa ia ‘ditujukan untuk penggunaan dewasa’ dan harus dijauhkan dari kanak-kanak.

Sumber: Delish

Total
0
Shares
Related Posts