Korang mungkin perasan beberapa penumpang yang bawa basikal atau skuter mereka kedalam tren atau komuter.
Mungkin ketika itu korang tertanya-tanya jika membawa basikal ke dalam tren atau komuter dibenarkan.
Kalau korang nak tahu Rapid KL telah membenarkan basikal atau skuter dibawa kedalam tren sejak 2021.
Baca Juga: Tambang Pengangkutan Awam Percuma Kepada OKU
Namun, untuk membawa basikal kedalam tren ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi dan tempoh masa basikal dan skuter dibenarkan.
Pada hari bekerja, basikal boleh lipat dan skuter dibenarkan dari 10 pagi hingga 3 petang dan dari 8 malam hingga 12 pagi.
Basikal tidak boleh lipat, bagaimanapun, tidak dibenarkan pada hari bekerja.
Pada hujung minggu, basikal dan skuter boleh lipat dan tidak boleh lipat dibenarkan dari kereta api pertama hingga kereta api terakhir.
Sumber: RapidKl