Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kaji Semula Silibus Peradaban Islam, Elak Salah Faham

Kerajaan akan meneliti semula kurikulum mata pelajaran Peradaban Islam supaya ia dapat memberi kefahaman yang jelas kepada para pelajar pengajian tinggi. 

Menurut Perdana Menteri ke-10 Dato’ Seri Anwar Ibrahim, langkah meneliti semula mata pelajaran itu penting untuk menghindari salah faham agama yang dibangkitkan pelbagai pihak termasuk ahli politik.

Baca Juga: Dato’ Seri Anwar Ibrahim Respon ‘Twit’ Ayam Gunting

Langkah itu juga bagi meningkatkan pemahaman terhadap Islam yang sering ditafsirkan tanpa merujuk sumber rujukan yang sebenar seperti hadis, al-Quran, sunnah dan pandangan ulama.

“Mata pelajaran peradaban Islam itu harus dilihat dan dikaji semula supaya betul-betul memberi kefahaman yang lebih mendalam mesej Islam.

Perdana Menteri ke-10 Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Walau bagaimanapun, beliau menyerahkan perkara itu kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dalam membuat ketetapan. 

Total
0
Shares
Related Posts