Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Ustaz Kazim Elias Tarik Diri Bertanding Di Larut?

24 jam selepas namanya diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Datuk Kazim Elias membuat keputusan untuk berundur daripada bertanding.

Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat pengumuman itu malam tadi di mana pendakwah itu dinamakan sebagai calon bagi kawasan parlimen Larut di Perak.

Dalam sidang media pagi ini, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Saarani Mohamad membuat pengumuman bahawa Kazim akan menarik diri daripada bertanding.

Menurut laporan Berita Harian, Kazim akan digantikan oleh ketua info Umno Larut Mohd Shafiq Fhadly Mahmud,

Walau bagaimanapun, tiada sebab diberikan atas keputusan tersebut.

Malam tadi, Perikatan Nasional (PN) mengumumkan mereka akan meletakkan Datuk Hamzah Zainuddin di Larut.

Total
0
Shares
Related Posts