Sempena menyambut hari Kebangsaan pada 31 ogos ini, semua perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel akan mula beroperasi seawal jam 4.30 pagi.
Menurut RapidKL dalam satu kenyataan di Facebook, kekerapan tren juga akan ditambah mengikut keperluan semasa operasi.
Ayuh #KeluargaMalaysia, jom gunakan pengangkutan awam pada 31 Ogos untuk pergi ke Dataran Merdeka (atau ke mana-mana sahaja)
RapidKL
Sebelum ini, polis mengalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam untuk menyaksikan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka.
Baca juga: Polis Cari Individu Gunting Jalur Gemilang
Ini kerana lapan jalan utama di sekitar Dataran Merdeka akan ditutup dan ditukar untuk keselamatan dan kelancaran sambutan berkenaan.