Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Macam Mana Wang Kertas Menjadi Matawang Negara?

Korang pernah terfikir dari mana idea menggunakan “wang kertas” terhasil? Kalau dahulu masa di sekolah kita belajar tentang penggunaan syiling. Tapi pada pendapat korang dari mana evolusi dari syiling ke wang kertas?

Penggunaan mata wang kertas bermula pada abad ke-11, semasa zaman dinasti Song.

Penggunaan wang kertas itu adalah satu solusi kepada kerajaan Song untuk menyelesaikan masalah kekurangan tembaga pada sekitar tahun 960, jadi kerajaan mencetak wang kertas untuk mengantikannya dengan syiling tembaga.

Dalam beberapa abad berikutnya, idea wang kertas menjadi sangat penting kepada ekonomi sehingga kerajaan Song membina kilang di pelbagai bandar di China untuk mencetak wang kertas secara eksklusif.

Walaupun penggunaan wang kertas adalah perkara baru bagi dinasti Song, tetapi mereka dapat menghalang satu masalah iaitu “penipuan wang kertas” dengan mengeluarkan piawaian mata wang kertas negara dengan menggunakan reka bentuk yang rumit untuk mengelakkan pemalsuan.

Eropah hanya menggunakan kertas pada abad-17

Pada abad ke-17, Jurubank tukang emas London mengeluarkan resit wang kertas kontemporari dengan ayat (Saya berjanji untuk membayar atas jumlah X paun).

Walau bagaimanapun, bank itu bankrap dan ia diserahkan kepada Bank of England. Pada awalnya wang kertas ini ditulis dengan tangan, pada tahun 1745 ia telah menjadi matawang denominasi tetap antara £20 dan £1000.

Perang Tujuh Tahun (1756-1763) menyebabkan kekurangan emas dan memaksa Bank of England mula mengeluarkan wang kertas £10 buat kali pertama, dengan wang kertas £5 datang pada tahun 1793.

Peperangan yang berterusan terhadap Revolusi Perancis telah menyebabkan kekurang rizab jongkong Bank dan wang kertas £1 dan £2 dikeluarkan sebagai cara untuk dijadikan solusi kepada masalah kekurang emas.

Wang kertas pertama di Malaysia

Tahukah anda, siri wang kertas Malaysia mula dikeluarkan pada Jun 1967.

Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengeluarkan wang kertas Malaysia yang pertama pada tahun 1967 mengandungi jenis nilai $1, $5 $10, $50 dan $100. Namun, wang kertas jenis $1,000 pula dikeluarkan pada 2 September 1968.

Reka bentuk asal bagi kesemua wang kertas ini adalah sama bagi semua jenis nilai iaitu muka depannya mengandungi potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama berserta dengan perkataan Bank Negara Malaysia.

Total
0
Shares
Related Posts