Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kerajaan Tambah RM500 Dalam Akaun KWSP Bagi Ahli Kurang Simpanan

Dalam perbentangan Belanjawan 2023, Kerajaan telah bersetuju untuk menambah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) sebanyak RM500 bagi ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam akaun 1.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, penambahan itu akan memberi manfaat kepada hampir dua juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir RM1 bilion.

“Kerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan.

Baca Juga: Wajarkah Pengeluaran KWSP Dipertimbang Pihak Kerajaan?

Bantuan ini diberikan kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang RM10,000 dalam Akaun 1 mereka,

Sebelum ini, kerajaan telah memutuskan untuk tidak membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menjamin masa depan persaraan pencarum.

Total
0
Shares
Related Posts