Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Wow! Sambal Nyet, Khairul Aming Cecah RM21.5 Juta

Khairul Aming hari ini berkongsi serba sedikit perjalanan bisnes produk Sambal Nyet bersempena ulang tahun kedua produknya di pasaran.

Menerusi perkongsian Instagram, Khairul Aming menitipkan rasa syukur apabila hasil jualan perniagaan sambal miliknya, Sambal Nyet telah mencecah RM 21.5 juta.

Malah, produknya juga turut menerima dua anugerah istimewa untuk Sambal Nyet bagi Kategori Best Customer Service serta Best New Seller.

Hari ini genap dua tahun kita menjual Sambal Nyet Berapi and i pleased to share with you guys yang total jualan kita telah mencecah sebanyak RM21.5 juta. Which is bersamaan dengan jualan sebanyak 1.5 juta botol sambal.

Baca Juga: Resepi Nasi Lemak Khairul Aming Dikritik Sebagai Cara Malas?

Kita juga ada terima dua anugerah istimewa dari Shopee. Yang pertama adalah Best New Seller, dan yang kedua adalah Best Customer Service.

Sebelum ini, Khairul Aming telah membuat perkongsian untuk menghasilkan video berkualiti tinggi dengan hanya menggunakan telefon pintar. Walau bagaimanapun tips itu hanya boleh diguna pakai oleh pengguna iPhone sahaja.

Total
0
Shares
Related Posts