Bila sebut pasal Samsung apa yang terlintas di fikiran korang? Mesti korang akan fikirkan tentang telefon pintar dan produk-produk elektrik.
Tapi tahu tak yang syarikat itu pada awalnya tidak menjual barangan elektrik akan tetapi mereka menjual produk ikan kering? Macam tak percaya, kan?
Samsung bermaksud tiga bintang
Nama ‘Samsung’ berasal daripada perkataan Korea “sam” (tiga) dan “seong” (bintang), melambangkan aspirasi syarikat untuk kejayaan dan kemakmuran.
Lelaki yang memilih nama tersebut adalah Lee Byung Chul pengasas syarikat tersebut.
Beliau memulakan sebuah syarikat perdagangan kecil di Su-dong, Korea Selatan. Perniagaan utama mereka? Mengeksport ikan kering, mi dan barangan tempatan lain ke China.
Namun, selepas Perang Korea pada awal 1950-an, Byung-Chull mengembangkan perniagaan perdagangan runcit kepada tekstil, membuka kilang kain terbesar di Korea. Pada masa itu, Korea adalah salah satu negara termiskin di dunia dan Byung-Chull membantu membangunkan semula ekonomi negara dengan memberi tumpuan yang besar kepada perindustrian.
Revolusi teknologi
Detik penting yang membuat kita kenal “Samsung” adalah pada akhir 1960-an apabila ia menceburi sektor elektronik. Produk awal mereka adalah televisyen hitam-putih.
Pada tahun 1988 syarikat Samsung Electronics telah ditubuhkan. Langkah ini dilakukan untuk membuat syarikat itu sebagai peneraju global dalam pembuatan semikonduktor, menghasilkan cip memori dan mikropemproses yang menjanakan pelbagai peranti elektronik.
Baca Juga: Tiga Orang Tidak Perlukan Pasport Untuk Keluar Negara?
Kini, Syarikat tersebut mempunyai paras pasaran $359.15 Billion. Ini menjadikan Samsung syarikat ke-24 paling bernilai di dunia mengikut had pasaran mengikut data kami.
Sumber: Britannica