Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Saintis Ramal Tarikh Tepat Asteroid Jatuh Ke Bumi

Saintis telah mendedahkan tarikh tepat asteroid boleh menghempas ke bumi dengan kekuatan 22 bom atom.

Asteroid, ‘Bennu‘ yang berputar melalui planet kita setiap enam tahun telah diramalkan bahawa akan menghempas ke Bumi pada 24 September 2182.

Malah, saintis juga membuat ramalan bahawa kemungkinan Bennu akan jatuh ke bumi pada 2300.

Walau bagaimanapun, batu asteroid itu hanya mampu menyebabkan kemusnahan sejauh 600 batu dari tapak nahas dan tidak cukup besar untuk menyebabkan kepupusan di seluruh dunia.

Baca Juga: Fenomena El Nino & Kesan Di Malaysia

Kini, saintis sedang mengkaji maklumat untuk membantu mereka mengelakkan kemungkinan berlakunya hentaman asteroid.

Untuk makluman, Bennu secara rasmi dikenali sebagai 101955 Bennu. Batu itu ditemui pada tahun 1999 oleh projek LINEAR (Lincoln Near-Earth Asteroid Research). Ia adalah asteroid berhampiran Bumi, bermakna ia mengelilingi Matahari dan boleh datang hampir dengan Bumi.

Sumber: Dailystar

Total
0
Shares
Related Posts