Petang-petang macam ni mesti sedap kalau dapat pekene kuih Cakoi. Cecah pula dengan kaya pandan dan kopi memang sedap.
Kuih ni adalah satu kuih yang famous dalam masyarakat Melayu, tapi tahukah disebalik kuih Cakoi ada kisah menyeramkan?
Cakoi Dalam Bahasa Mandarin Adalah Youtiao
Sesetengah orang mengenalinya dengan nama Mandarin “youtiao”. Pada Kantonis ia adalah “yau char kwai” dan dalam bahasa Melayu, ia dipanggil “cakoi”.
Kalau korang nak tahu cakoi bukan berasal dari Malaysia, namun ia berasal dari China dan dibawa ke Tanah Melayu.
Kuih menjadi lambang dua manusia digoreng
Suatu ketika di China semasa Dinasti Song di bawah pemerintahan Maharaja Gaozong (1127-1279), hidup seorang jeneral tentera bernama Yue Fei, yang telah memberi banyak kemenangan untuk maharajanya.
Siri kejayaannya telah menimbulkan perasaan cemburu daripada Qin Hui, (Canselor Maharaja). Qin Hui dan isterinya kemudian membuat rancangan untuk menjatuhkan Yue Fei.
Semasa Yue Fei berada dalam pertempuran di Kaifeng, Qin Hui membuat cerita mengenai Yue Fei yang kemudiannya dipercayai oleh Maharaja Gaozong.
Apabila mendengar cerita dari Qin Hui, Maharaja Gaozong memanggil semua askar yang bersama dengan Yue Fei.
Selepas Yue Fei kembali ke ibu negara, Maharaja Gaozong memenjarakannya atas tuduhan tidak berasas dan menjatuhkan hukuman mati.
Baca Juga: Asal Usul Rendang Yang Perlu Anda Tahu!
Berita itu tersebar sehingga diketahui oleh orang awam, mereka membuat bantahan dengan membuat yao zha gwai (油炸鬼) dengan nama di mana “鬼“ (“hantu” atau “syaitan”) berima dan berbunyi serupa dengan nama Qin Kuai, “燴.”
Adalah dipercayai bahawa dua jalur pada youtiao atau cakoi melambangkan Qin Hui dan isterinya digoreng dalam minyak.
Mengikut kepercayaan budaya Cina, pendusta akan dihukum dengan cara digoreng dalam minyak yang menggelegak di tingkat ke-18 neraka. Maka simboliknya kuih itu mewakili Qin Hui dan isterinya bersama digoreng dalam minyak panas.