Malaysia adalah salah satu negara yang kaya dengan budaya, Negara kita mempunyai banyak cerita rakyat dan mitologinya sendiri, dan beberapa kisah itu adalah tentang puteri.
Tapi tahukah anda bahawa cerita rakyat “Puteri Bidasari” dikenali sebagai Snow White versi Malaysia?
Kisah Puteri Bidasari berdasarkan puisi Melayu romantik bernama Syair Bidasari, Malah puisi itu pernah diangkat menjadi sebuah filem melayu klasik yang bertajuk “Bidasari”.
Kisah Bidasari bermula pada kerajaan Inderapura
Kisah tersebut menceritakan, sepasang suami isteri melihat seorang bayi hanyut di sepanjang sungai di atas rakit, bersendirian dan hanya ditemani semangkuk ikan emas.
Disebabkan bayi mempunyai ikatan nyawa dengan ikan emas, ia dinamakan sebagai Bidasari.
Apabila Bidasari besar menjadi seorang gadis yang cantik, permaisuri jahat menyedari kehadirannya. Ratu tersebut ingin membunuh Bidasari kerana ingin menjadi wanita tercantik dalam kerajaan tersebut.
Ratu mendapat tahu bahawa nyawa Bidasari terikat dengan ikan emas. permaisuri menangkap ikan emas itu dan mengeluarkannya dari air. Bidasari jatuh pengsan dan dihantar pulang kepada ibu bapanya di mana dia disembunyikan jauh di dalam hutan.
Baca Juga: James Bond Pernah Tinggal Di Malaysia?
Tetapi permaisuri tersilap melepaskan ikan emas itu semula ke dalam air, membangunkan Bidasari yang terbangun kemudian memaklumkan kepada seorang putera tentang apa yang berlaku kepada dirinya. Setelah mendapatkan semula ikan emas itu, Bidasari dan putera raja berkahwin, dan hidup bahagia selama-lamanya.
Adakah Snow White tiru Puteri Bidasari?
Kisah asal Snow White diambil daripada kisah dongeng atau cerita rakyat Jerman abad ke-19, yang ditulis oleh Brothers Grimm. Brother Grimm menerbitkan ‘Grimm’s Fairy Tales’ pada tahun 1812.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dibuktikan sama ada cerita Snow White meniru cerita Puteri Bidasari kerana Snow White dipercayai diilham dari kisah countess Margaretha von Waldeck.