Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Empat Orang Yang Dianugerahkan Gelaran Biduan & Biduanita Negara?

Baru-baru ini Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil telah mengatakan bahawa dia merupakan peminat Siti Nurhaliza ketika bercakap di dalam Parlimen.

Perkara itu telah mendapat perhatian beberapa peminat Dato’ Siti Nurhaliza sehingga peminat-peminat Siti meminta supaya Menteri Komunikasi memberikan gelaran Biduanita Negara kepadanya.

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan gelaran Biduan dan Biduanita negara ini bukanlah mudah ia hanya akan diberikan oleh Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Sehingga kini hanya empat orang penyanyi sahaja yang telah menerima gelaran tersebut, Cuba korang teka siapa?

Saloma

Puan Sri Datin Amar Salmah binti Ismail, atau lebih dikenali sebagai Saloma merupakan seorang penyanyi popular sekitar tahun 1950-an hingga awal 1980-an. 

Gelaran Biduanita Pertama Negara dianugerahkan kepada Saloma pada tahun 1978 dan gelaran Puan Sri pada tahun 1990 setelah kematiannya.

Ahmad Jais

Korang mesti tertanya kalau Saloma Biduanita pertama, siapa biduan pertama? P Ramlee?

Tanggapan korang salah kerana Biduan pertama negara adalah Allahyarham Datuk Mohd Jais Ahmad atau dikenali sebagai Ahmad Jais.

Beliau adalah penyanyi yang terkenal dengan irama pop yeh yeh ini telah memulakan kerjayanya dalam industri seni pada era 60-an. Kalau korang nak tahu lagu paling popular beliau adalah Budi Setahun Segunung Intan.

Sharifah Aini

Selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma, Allahyarhamah Datuk Hajah Sharifah Aini Syed Jaafar merupakan penyanyi wanita kedua yang telah menerima gelaran Biduanita Negara.

Beliau telah menerima Anugerah tersebut di Anugerah Kecapi pada tahun 2006.

SM Salim

Siapa sahaja yang tak kenal dengan lagu pantun budi?

Allahyarham Tan Sri S.M Salim adalah orang terakhir yang diberikan anugerah biduan negara setelah 56 tahun berada didalam industri.

Anugerah itu diberikan pada tahun 2013 oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dengan memberikan Anugerah Biduan Negara yang berbentuk selempang, pingat, trofi, wang bernilai RM30,000 serta sijil penghargaan.

Kenapa P.Ramlee tak dapat gelaran biduan?

Untuk pengetahuan korang, untuk menerima gelaran biduan atau biduanita. Individu perlu berada dalam industri lebih dari 30 tahun dan memberi sumbangan kepada industri muzik dan sosio budaya sepanjang menjadi penyanyi papan atas negara.

Walau bagaimanapun, P. Ramlee menerima gelaran Seniman Agung Negara pada 1978 kerana ruang lingkup kerjayanya yang besar seperti muzik, filem dan karya sasteranya.

Total
0
Shares
Related Posts